Program Formula Motivasi Anak Soleh
5 November 2019

MTSTM, 5 November - Formula Motivasi Anak Soleh D.I.A + T.Q.A (Dengan Izin Allah + TQ Allah)

Program dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Selepas Peperiksaan (PSP) dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya (UBKK).

Slot penerapan motivasi dan kesedaran ini fokus kepada semua pelajar lepasan PT3. Program diadakan di Masjid Tok Guru, MTS Tanah Merah. Penceramah jemputan ialah Encik Muhammad Ghazali bin Yahya yang berkhidmat sebagai Kaunselor di MRSM Tumpat.

#Setiap yg kita lakukan mesti dengan izin-Nya.