Seruan Solat Hajat Angkat Musibah
3 Jun 2021

SERUAN UNTUK SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN ISTIGHFAR 100X AGAR DIANGKAT MUSIBAH WABAK COVID-19

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW mengajarkan zikir munajat di saat kita menghadapi kesempitan, kesusahan dan ujian yang berat. Sabdanya:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Wahai (Allah) Zat Yang Maha Hidup, Wahai Zat Yang Maha Mengurus segala sesuatu, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah urusanku seluruhnya dan janganlah Engkau biarkan aku menguruskan diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata."
(Sunan al-Nasaie, no.10,405 dan Mustadrak al-Hakim, no.545 – hadis hasan)

Dalam keadaan sekarang ini, marilah kita sama-sama bermunajat agar wabak Covid19 ini lenyap dari atas muka bumi ini.

Kelab Doktor Muda turut bersama-sama umat Islam seluruh negara untuk bermunajat seperti berikut

📌Bermula 13 JUN 2021 HINGGA 12 JULAI 2021( 40 HARI)

📌Setiap Jam 6.30 PAGI HINGGA 7.00 PAGI

📌Yang Bertempat di Kediaman masing-masing.

Semoga Ujian yang kita lalui ini lebih mendekatkan lagi kita dengan Pencipta kita

#AgenPerubahanPengetahuanSIkap&AmalanKesihatan

Kelab Doktor Muda

Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah