السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dukacitanya dimaklumkan bahawa Temuduga (Ujian Lisan) Kemasukan Pelajar Tingkatan Satu Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah bagi siri ke-3 yang dijadualkan pada 24 November 2020 ini ( Selasa) ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
☎️Penangguhan temuduga ini ekoran pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Negeri Kelantan yang berkuatkuasa pada 21 November 2020 sehingga 06 Disember 2020.
☎️Mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amat kami hargai.
Sekian, dimaklumkan.
Wassalam.
PENGETUA,
Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
21 November 2020