BT Real Estate - шаблон joomla Форекс
Perutusan Tuan Pengetua

 

USTAZ AZHAR BIN MAT YUSUF

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

الحمدللهالذيارسلرسولهبالهديودينالحقليظهرهعليالدينكلهولوكرهالكافرون. والصلاةوالسلامعلياشرفالأنبياء والمرسلينوعلىألهوصحبهأجمعين.

امابعد:

Firman Allah dalam Surah Yusuf Ayat 2 yang bermaksud:

2. Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Disamping memastikan pelajar menguasai hafazan, tugasan seterusnya ialah memastikan pelajar menguasai pendidikan agama, akademik dan penguasaan dalam bidang sains.

Sesungguhnya tugasan yang besar ini tidak akan membuahkan kejayaan yang diharapkan sekiranya tidak mendapat sokongan dan dokongan dari pihak ibu bapa dan para guru. Justeru itu gandingan ibubapa dan guru amat penting bagi merealisasikan pendidikan cemerlang di sekolah ini.

Dari sudut pendidikan saya yakin kemampuan guru yang berkhidmat di sekolah ini mampu untuk berkhidmat sebaik mungkin. Saya berharap ibu bapa dapat memainkan peranan mereka sebagai dorongan dan motivasi kepada pelajar dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Akhirnya, saya sebagai Pengetua Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah mewakili semua para murabbi mengharapkan kejayaan yang cemerlang dan semoga usaha kita dalam melahirkan para ulama Islam ini mendapat limpah perkenan dari Allah SWT dan agar segala amal usaha kita ini tercatat dalam kitab amalan kebaikan kita. Amin.

Sekian, terima kasih.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

“MEMBINA GENERASI AL-QURAN”


Countdown PT3

Countdown SPM

Countdown SMU