Pengenalan Maahad Tahfiz Sains

LATAR BELAKANG

Pada peringkat awalnya Maahad Tahfiz Wal Qiraat ditubuhkan di Pulai Condong dengan hasrat pelajarnya akan menyambung pelajaran ke Syubra Mesir dalam bidang hafazan dan al-Qiraat atau dalam bidang agama. Tetapi sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku dimana ramai dari kalangan pelajar lepasan SPM di sekolah ini berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang akademik.

Bermula dari sinilah timbulnya idea untuk menubuhkan Maahad Tahfiz Sains memandangkan permintaan dan kemampuan pelajar dalam menguasai ilmu akademik disamping ilmu agama dan hafazan al-Quran. Dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz yang dapat melihat jauh kedepan beliau mencadangkan agar ditubuhkan sekolah yang dapat memenuhi permintaan dan kemampuan pelajar.

Pihak YIK mula merangka pelan penubuhan Maahad Tahfiz Sains dan mencadangkan dengan nama Maahad Sains Tahfiz. Tetapi cadangan ini diubah oleh Tuan Guru Nik Aziz dengan nama Maahad Tahfiz Sains.