Profil Maahad Tahfiz Sains

LATAR BELAKANG

Pada peringkat awalnya Maahad Tahfiz Wal Qiraat ditubuhkan di Pulai Condong dengan hasrat pelajarnya akan menyambung pelajaran ke Syubra Mesir dalam bidang hafazan dan al-Qiraat atau dalam bidang agama. Tetapi sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku dimana ramai dari kalangan pelajar lepasan SPM di sekolah ini berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang akademik.

Bermula dari sinilah timbulnya idea untuk menubuhkan Maahad Tahfiz Sains memandangkan permintaan dan kemampuan pelajar dalam menguasai ilmu akademik disamping ilmu agama dan hafazan al-Quran. Dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz yang dapat melihat jauh kedepan beliau mencadangkan agar ditubuhkan sekolah yang dapat memenuhi permintaan dan kemampuan pelajar.

Pihak YIK mula merangka pelan penubuhan Maahad Tahfiz Sains dan mencadangkan dengan nama Maahad Sains Tahfiz. Tetapi cadangan ini diubah oleh Tuan Guru Nik Aziz dengan nama Maahad Tahfiz Sains.


RINGKASAN SEJARAH

5 November 2003
Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin (MTS) telah diluluskan penubuhannya di dalam mesyuarat lembaga YIK 4/2003 bertarikh 10 Ramadhan 1424.

25 Januari 2004
Pelancaran penubuhan Maahad Tahfiz Sains di Dewan Teratai, Kota Darul Naim, Kota Bharu,Kelantan.

10 Januari 2004
Temuduga untuk pengambilan pelajar baru generasi pertama, pelajar lelaki di Maahad Muhammadi Lelaki (MML) dan pelajar perempuan di Maahad Muhammadi perempuan(MMP).

4 Februari 2004
Pendaftaran pelajar baru seramai 60 orang pelajar lelaki di MML dan 53 orang pelajar perempuan di MMP.

3 Julai 2004
Perjumpaan rasmi antara para guru dan ibubapa pelajar Maahad Tahfiz Sains kali pertama.

28 November 2004
Temuduga dan peperiksaan bertulis bagi pengambilan pelajar baru sesi 2005 diadakan di pejabat Yayasan Islam Kelantan.Seramai 183 orang pemohon lelaki dan 69 orang pemohon perempuan.

1 Januari 2005
Pendaftaran pelajar baru sesi 2005 di tapak sementara di kg Berangan,Tumpat.seramai 120 orang pelajar baru diterima masuk ke tingkatan satu.

6 Februari 2005
Sidang akhbar YB Hj. Mohd Amar bin Hj Nik Abdullah,Exco Penerangan,Pendidikan Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan di Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan, Tumpat.

7 Mac 2005
Kunjungan Hormat YB Mohd Zaki Ibrahim,ADUN kelaboran dan rombongan daripada Majlis Tindakan DUN (MTD) seramai 15 orang.

20 Mac 2005
Mesyuarat Agong PIBG Maahad Tahfiz Sains kali yang pertama dan Majlis Perletakan Batu Asas Bangunan Tambahan, dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.

29-31 Mac 2005
Mukhyyam Tarbawi kali pertama,khusus diadakan untuk semua pelajar, di Danau To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan.

13 Ogos 2005
Kursus peningkatan staf 1 untuk semua guru-guru dan kakitangan MTS, telah dijayakan oleh Prof Madya Dr Abdullah Sudin b Abdul Rahman.

27 Ogos 2005
Hari keluarga MTS yang pertama kali diadakan,bertempat di Sudara Beach Resort,pantai Melawi,Bachok.

31 OKtober 2005
Projek bangunan baru diteruskan oleh PIBG

6 Disember 2005
Lawatan dari rombongan Kabupaten Siak,Indonesia bersama pengarah dan pegawai-pegawai YIK.

16 Januari 2006
Bangunan baru siap dibina oleh Syarikat Atira Corporation

1 Mac 2006
Majlis Penyerahan Projek Bangunan Baru oleh Syarikat Atira Copration kepada Yayasan Islam Kelantan.

PANORAMA PENUBUHAN MTS




VISI

MTSTM bertekad menjadi sebuah institusi pendidikan yang terkehadapan bagi melahirkan profesional huffaz yang berketerampilan mengikut acuan Al-Quran.



MISI

Institusi Pendidikan Berketerampilan Unggul Menjelang 2020



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensI individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


FALSAFAH YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)

Pendidikan Islam sebagaimana yang diterjemahkan pengertiannya dalam istilah-istilah Ta’lim, Ta’dib, Irsyad dan Tadris adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifahnya di bumi secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, Aqliah, Aqidah, Emosi dan Jasmani berdasarkan ajaran Islam. Usaha ini adalah bagi melahirkan muslim yang beriman, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat,negara dan umat.